Wednesday 9 November 2016

Cara Mengurangkan Dengkuran Secara Semulajadi


Cara Mengurangkan Dengkuran Secara Semulajadi | Pada artikel yang lepas, saya ada kongsikan mengenai apa yang dimaksudkan dengan berdengkur?? Antara intipatinya ialah mengenai apa istilah berdengkur?? apa penyebab berdengkur?? Seperti yang anda sedia maklum, dengkuran merupakan gangguan semasa tidur kerana ia akan mengeluarkan bunyi yang keras dan kuat dan akan mengganggu diri sendiri mahupun orang disekeliling. Pasti anda yang menghidapinya ingin mengubah keadaan tersebut supaya menjadi lebih baik. Jadi pada kali ini saya akan kongsikan pula mengenai cara mengurangkan dengkuran secara semulajadi.

cara mengurangkan dengkuran secara semulajadi
DENGKURAN YANG KUAT AKAN MENGGANGGU TIDUR PASANGAN ANDA

Tuesday 8 November 2016

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Berdengkur??


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Berdengkur | Berdengkur merupakan antara sesuatu masalah yang terjadi pada seseorang individu. Ada yang memanggil berdengkur ini sebagai 'ngorok'. Ia akan mengeluarkan bunyi yang keras dan adakalanya ia menjadi kuat sehingga mengganggu orang yang mendengarinya. Ia juga di ibaratkan seperti menyanyi semasa tidur tetapi dalam keadaan yang sumbang. Dengkuran ini akan mengganggu masa tidur yang bernilai individu tersebut kerana ia menyebabkan individu itu akan sering terjaga dan adakalanya ia akan menyebabkan berlaku sesak nafas. Itu bagi individu yang menghidapinya, tetapi ia juga akan mengganggu orang lain yang tidur berdekatan dengannya disebabkan oleh bunyinya yang kuat.

Berdengkur


Apa Itu Dengkur? Antara istilah yang akan dikongsi ialah daripada KKM iaitu berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas iaitu disebabkan penyumbatan saluran pernafasan atas. Ia berlaku disebabkan terdapat sekatan di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung individu tersebut. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Dengkuran itu akan menjadi lebih kerap mengikut umur individu tersebut dan biasanya ia tidak membahayakan.

Apa Yang Menyebabkan Terjadinya Dengkuran Itu? Ini merupakan antara titik persoalan yang selalu bermain difikiran individu yang mengalaminya. Di sini akan dikongsikan juga antara penyebab ysng membolehkan terjadinya dengkuran itu daripada info myhealth. Antara penyebabnya ialah lemah otot-otot pada lidah, lelagit lembut dan tekak. Apabila otot tak tegang akibat daripada arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah maka ia akan menyebabkan lidah tertolak ke belakang dan akan menutupi saliran udara ataupun ia akan menyebabkan otot tekak tertarik masuk kedalam dan ia akan menyekat saluran pernafasan atas. Ia juga berlaku apabila individu tersebut tidur dengan nyenyak. Selain itu, ia juga disebabkan oleh tisu tekak yang besar dan tebal. Antara individu yang sering berdengkur ialah individu yang berat yang belebihan dan mempunyai leher yang pendek dan besar Dengkuran yang dialami oleh kanak-kanak ialah disebabkan  oleh tonsil dan tisu adenoid yang membengkak. Antara sebab yang  biasa terjadi ialah apabila saluran pernafasan tersekat. Apabila individu itu mengalami hidung yang tersumbat maka ia akan menyebabkan sedutan udara berlaku dengan lebih kerap. Ini akan mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan juga mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan terjadinya dengkuran. Terdapat juga penyebab lain iaitu seperti batang hidung bengkok, polip dan jangkitan sinus.


Ada Tidak Komplikasi Apabila Dengkur Ini Terjadi? Masalah berdengkur ini adakalanya akan menjadi masalah tidur yang serius iaitu 'sleep apnea'. Ia berlaku apabila individu tersebut berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan memerlukan rawatan lanjut.